Friend's just like a paper heart

Monday, December 8, 2008

rahasia kotak hati

Minggu Pertama

Aku jatuh hati kepadanya pertama kali melihatnya, bukan kerana keindahan paras rupanya dan bukan kerana apa-apa pun. Aku bertanya kepada hatiku mengapa, hatimu hanya terdiam tak terkata. Aku bukanlah seorang pengayat atau pencinta wanita tapi hanya lelaki yang baru mula menyentuh rasa mendamba di dalam hati. Alangkah indah jika bersua tanpa masa berputar. Angan kosongku menenteramkan jiwaku.

Minggu Kedua
Rasa di hatiku kini hanya tuhan yang tahu, rinduku pada dia yang tak ku kenali melampaui batasan waktu. Tubuhku menggigil dan perbuatanku terbatas, yang aku fikirkan di dalam hatiku hanya waktu untuk aku bertemu dengannya walau jelas ternyata sukar biarpun di dalam kampus yang sama. Aku hanya mampu memohon doa dari-Nya dan meminta petunjuk dari-Nya akar bekukan hatiku yang membara ini.

Minggu Ketiga
Kini aku masih setia menanti dan ternyata Dia menunaikan permintaanku, akhirnya
pertemuan yang tidak disengajakan itu membuka satu lampiran baru di hadapku. Namun
takut di hati menghentikan langkahku, ku buka mata dan ku buka hati. Dia muncul di
hadapku dan berkata,"..kad awak". Suara yang lembut itu mencairkan hati lantas jiwaku,
rupa-rupanya kad matrik ku terjatuh dari genggaman tanganku. Aku sudah tak terkata,
namun enggan kelihatan bodoh langsung mengucap kata terima kasih padanya.

Minggu Keempat
Sejuk kasihnya sampai ke tulangku, hingga jantungku kini berhenti berdetar,dan telah
ku yakini dia yang ku ingini. Pelajar tahun dua jurusan medic di CFSIIUM, hanya ini yang
mampu ku temui sedikit tentang latar belakangnya. Yang paling penting, seorang yang
tidak kenal akan arti cinta dan dicintai. Sahaja aku berdiri di hadapan 'Lab A' di dinihari
setiap hari semata-mata bagi melihatnya dari jauh dan sekadar melepaskan rindu di mata.

Minggu Kelima
Kini kegilaan ku semakin menjadi-jadi, aku membuka myspace~ku dan meng~upload gambar-gambarnya yang ku ambil secara sembunyi. Tiba-tibaku terlihat myspace~nya terpampang di dalam senarai myspace~ku. Darahku bergelora dan aku menekan butang enter ke profilnya, Puff!! sambungan internetku terputus. Aku cuba mengambalikan sambungan, namun gagal. Aku sudah lambat untuk ke kelas, lalu meninggalkan sendirian mimpi indahku. Sekarang aku bertekad untuk enggan membuka profilnya selagi aku belum berkawan dengannya.

Minggu Keenam
Kembali semula seperti hari-hariku, menunggu pagi di kala bulan dan menunggu malam ketika mentari. Wajahnya tidak kelihatan, aku mulai gusar, hatiku meronta-ronta. Tiba-tiba.. "Kenapa tunggu saya..", suara indah hadir di belakangku. Rupanya dia di benakku, aku bukan penakut dan tak akan selalu mengalah di balik hariku. "Saya cintakan awak.. Tapi jangan tanya kenapa kerana hingga ke hari ini pun jawaban masih belum saya ketemui.. Tapi saya tulus", kataku penuh semangat. "Mata awak tidak menipu.. tapi maafkan saya, saya terpaksa pergi.. awaklah di dalam kotak.." itulah kata terakhirnya sebelum pergi tergesa-gesa. Kini semangatku penuh membara, sepanjang hidupku serahkan kepada Dia..

Minggu Terakhir
Aku menunggunya seharian di tempat, masa dan hari yang sama. Namun kali ini dia benar-benar tidak muncul, penggantinya muncul di hadapku. Sahabat baiknya mengenali diriku dan berbicara denganku. Rasa pelik dan takut menguasai diriku.. Alangkah terkejutnya aku apabila sahabatnya memberitahuku, "Dia telah pergi untuk selamanya..Awaklah di dalam kotak..". Airmataku lantas mengalir dan maluku ku ketepikan, tangisku sepuas hatiku, dan rasa inginku teriak segala di benakku. Sedihku ini hanya tuhan yang tahu dan demi Allah ku mencintainya ke hayatku.. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini, ku buka laptopku dan ku segera ke profil myspacenya yang sudah lama ingin ku buka.. Enter.. terpampang satu application di profilnya, animasi berbentuk kotak. Ku tekan, kotak itu terbuka.. Jantungku rasa ingin tercabut keluar, suaraku hilang tak karuan, akalku melayang mencari jiwa kosongku.. Animasi kotak yang terbuka itu mengeluarkan gambarku sewaktu pertama kali bertemu dengannya.. di bawah gambarku tertulis nota kecil.."I don't know why, but I love this guy.. But my time has come, I won't be able to hold on any longer.. this tumor's chasing me.. If now you're reading this note, maybe at this time I'm no longer in this tiny world.. Love u!".....

Rahasia Kotak Hati, Riff




0 comments: